Sebenarnya,saya ini bukanlah 'cat lover' sangat.Saya suka kucing tetapi saya geli dengan kucing.Kalau lepak di kedai mamak atau kafe yg ada kucing,bila ada kucing lalu di bawah kaki dan ekornya terkena pada kaki saya, serius saya akan terkejut!
Kalau yg jenis kucing nak makanan sampai dia berdiri pegang peha kita,itu lagilah saya takut!Tetapi saya masih suka kucing.Kalau yg ada sampai peluk cium kucing macam bantal itu,memang sayalah.
Orang kata,kalau nak murah rezeki,nak hidup tenang,kongsi rezeki dengan makhluk tuhan.Salah satunya ialah kucing.Sebelum ini saya cuma tengok saja orang bagi kucing makan.
Ada yg update media sosial bagi kucing makan supaya murah rezeki.Ada usahawan yg kongsi tips nak kaya dan berjaya,salah satu tipsnya ialah bagi kucing makan.Dan ada seorang mamat ini,semasa saya shooting,dia buat kucing makan.
Saya tanya dia,mana dapat makanan kucing itu? Dia kata, beli di supermarket sahaja.1 paket dalam RM1.80 saja.Ada banyak dalam keretanya.Itu semua disediakan utk beri kucing terbiar makan.
Selepas beberapa bulan,saya melatih diri utk memberi makanan kepada kucing-kucing. Dah beberapa bulan jugalah saya buat begini dan syukur rezeki tuhan mencurah-curah. Dalam kereta saya,saya dah beli banyak-banyak.Jadi saya boleh bagi kucing makan walaupun saya belum membela seekor pun.
Kita mahu duit RM2,000 tetapi sukar nak kongsikan wang RM20.Siapa yg kedekut? Dalam Islam,kalau nak kaya,kita kena keluarkan duit. Ingat itu!
Saya ini memang berniat mahu membela kucing tetapi bukan sekaranglah sebab rumah dan studio saya jauh.Jadi saya beri kasih sayang seperti ini dengan kucing.
Baca Juga:Menakjubkan,Shalat Subuh Di Turki
Tak kisahlah kita ini untuk bisnes atau tak,jangan lupa kongsi rezeki sesama kita.Kita makan sama-sama,kita gemuk sama-sama.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar