Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yg Allah suruh seperti mana yg terdapat di dalam rukun Islam yg ke2.Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yg lemah imannya,sering kali lalai dalam kewajiban yg Allah suruh.Mungkin kita adalah dalam golongan orang yg pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja.Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh dulu..
Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita,mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita utk bertaubat.Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yg kita tinggal dulu.Puasa yg ditinggalkan kena ganti,hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah.Ok,apa yg mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?
Ada pendapat yg mengatakan hanya perlu qada solat yg ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yg sengaja ditinggalkan.Misalnya sembahyang yg ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”.Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja.Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s. a. w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.
Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat.Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”
Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Apabila Rasulullah s.a.w.lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya,maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat. ” (Muslim)
Cara niat Qada buat solat fardu lima waktu pula ialah :
1.Solat Maghrib :
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
2.Solat Isyak :
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
3.Solat Subuh :
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
4. Solat Zuhur :
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
5. Solat Asar :
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala
Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an ; banyak waktu),perlukah di qada semua jumlah solat yg tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?
Jawabnya,Wajib qada solat yg telah tertinggal.Disini ada dua cara utk qada, pertama jika seseorang yg tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya,maka qadakanlah mengikut bilangan yg telah ditinggalkannya.
Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yg telah ditinggalkannya,yakni semenjak akil baligh,buatlah anggaran berapa banyak solat yg perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.Cara yg terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.
selain itu ada juga orang bertanya,jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?
Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu,semuanya bergantung pada Allah,akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat utk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah,insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya.Utk pengetahuan semua,qada solat fardhu boleh dilakukan pada bebrapa bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya.Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapatkan pengampunan daripada Allah SWT.
Wallahualam…….
Tidak ada komentar:
Posting Komentar